Tuesday, May 14, 2013

Hijabista

    Assalamualaikum , Hari ni nak berceloteh tentang HIJABISTA ! Tau tak akan majalah muslimah yang meletops sangat dekat pasaran sekarang ni ? Hm , buat muslimah bertudung mesti tau akan majalah ni kan .

    Nak tau tak sekarang Hijabista bukan sahaja di majalah malahan , sekarang ni dah buat episod menarik di televisyen . Sungguh kreatif ! Fittri teruja sangat bila dapat tau hijabista akan bersiaran di televisyen . Dapat lah serba sebanyak mereka berkongsi idea dan kretiviti mereka berpakaian . Haha , biasa lah Fittri ni bukannye pandai berfesyen sangat . 

    Bukan sahaja fesyen yang mereka tonjolkan . Malah , aktiviti menarik yang boleh buat korang rasa WOW ! So , buat korang diluar sana kalau ada yang tak sempat atau tak ada bajet untuk beli majalah yang hanya beharga RM10.00 tu tak payah lah susah hati . Hijabista yang bersiaran di televisyen juga boleh memuaskan hati korang .

    Ianya akan bersiaran pada setiap hari Ahad , Jam 7malam dan ulangannya setiap hari selasa jam 5petang sudah tentu di Astro Ria . So , pada muslimah muslimah yang bertudung tu bila hari ahad tu jangan lah korang lepaskan peluang untuk tonton episod menarik Hijabista !

    Mari kita lihat promo Hijabista yang Fittri dapat dari youtube ni :)

http://www.youtube.com/watch?v=sIBL0k2fbR0&feature=youtu.be

Saturday, May 11, 2013

Selamat Menonton

   Hai Assalamuallaikum , Apa khabar kesihatan korang semua ? Fittri harap korang sehat-sehat belaka . Alhamdulillah

   Hari ni Fittri nak kongsikan dengan anda semua Video yang Fittri jumpa dekat youtube . Video ni dibuat / diolah / whatever lah tak tau nak cakap dari Radiusite . Jenama tudung yang amat terkenal . Bohong lah kalau semua wanita yang bertudung tak tau akan jenama tudung ni . And Yes ! Fittri tau maybe korang akan katakana yang video ni dah lama , dah berlapuk dah . Ada aku kesah ! Hahaha , Tapi isi kandungan yang ada dalam video ni tak pernah lapuk dek zaman . Cewah ! Hahaha .

   Banyak kebaikan dan kelebihan dalam video ni . Salah satunya kita dapat tau cara-cara memakai shawl yang menarik , dan cerita yang disampaikan setiap episode juga teramat lah menarik . Jadi jangan lepaskan peluang untuk saksikan video ni . Selamat menonton !


 
 
 
Episod 1 (Good News)
 
 
 
Episod 2 (Interview)
 
 
 
Episod 3 (Iftar)
 
 
 
 
Episod 4 (Shopping Raya)
 
 
Tamat :)

Friday, April 19, 2013

Cair Dalam Mulut

   Cantik , comel , dan enak menarik minat semua untuk mencuba walaupun harga yang dijual agak mahal . Itulah antara aliran terkini masakan digemari . Sebagai contoh Pavlova . sekiranya dicari resipi di laman web kita dapati bahan digunakan amat ringkas dan mudah membuatnya . 

  Tapi kalau beli dekat luar , harga untuk 500 gram pavlova boleh mencecah harga RM35 sehingga 45 . Lepas buat sedikit sebanyak pengiraan kos untuk penyediaan , Fittri rasa kos untuk penghasilan hanya RM15 je . Fittri rasa maybe dia ambil keuntungan yang lebih . Hm , biasalah orang berniaga kan . Ini bermakna , kita sebenarnya boleh menjimatkan kos sebanyak RM20 hingga RM30 kalau kita buat sendiri . Lagi berpuas hati !

   Jadi , cubalah buat sendiri pemanis mulut mewah ini yang dilimpahi buah-buahan segar bewarna-warni dan keenakan seakan-akan marshmallow yang cair di dalam mulut .

                                                  





                                           
                                             Pertama kali buat , agak hodoh sedikit xD

BAHAN :

  • 4 biji putih telur 
  • 3/4cawan gula kastor 
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila 
  • 1 sudu kecil cuka putih 
Lapisan Bahagian Atas :

  • Krim putar secukupnya 
  • Buah-buahan segar seperti kiwi , strawberi , anggur hitam , dan pic 
CARA-CARA :

  1. Putar putih telur bersama gula kastor sehingga kembang serta ringan atau dikenali sebagai soft peak .
  2. Masukkan pula esen vanila , cuka tepung jagung . Lalu diputarkan seketika .
  3. Masukkan adunan ke dalam plastik aising lalu bentukkan ke dalam mangkuk kertas .
  4. Bakar pada suhu 120 darjah celcius selama 35 hingga 45 minit .
  5. Keluar dari ketuhar dan sejukkan selama 30minit .
  6. Letakkan krim putar di atasnya lalu disusun bersama-sama buah-buahan .



Friday, April 12, 2013

Musuh Dalam Selimut .

  Sebut saja pasal kawan , itulah tempat untuk kita mengadu , bercerita , hilang rasa bosan , untuk bergembira , dan nak meluahkan perasaan kasih sayang . Namun , adakah anda seratus peratus percaya akan kawan ada yang tersedia ada ni ? Hm , namun memang benar tidak semua kawan boleh dipercayai , kerana ada kawan yang suka bermuka-muka dengan kita . Di depan memuji , di belakang mengeji sesuka hati . Tapi kita tak pernah perasan walaupun sudah terang lagi bersuluh perangai si kawan kita ni agak teruk orangnya . Subhanallah !

  Memang saya akui perit apabila memikirkan diri ditikam dari belakang oleh teman baik kita sendiri . Baik buruk semuanya dicanang sesuka hati . Seolah-olah kita ni tak ada harga diri . Malah teman lelaki kita dirampasnya , dipulaukan kawan yang lain , dikutuk dan dicaci . Bahkan diri dipandang hina oleh orang sekeliling . Jahat tak ?

  Prestasi pelajaran juga semakin merosot terutama ditekan sebegini . Tugasan pelajaran juga terpaksa buat seorang diri , sudah pastinya sedih bukan ? Hal ini kerana misi si musuh dalam selimut ini cuba nak menjatuhkan kita . Namun 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua' 

  Mereka yang diibaratkan musuh dalam selimut  ini berselindung di sebalik kebaikan , namun di dalam hati tiada siapa pun yang tau sebenarnya dia ni lah 'perosak bangsa' ! 
Mungkin ini disebabkan mereka iri hati dengan kita . Dengki dengan pencapaian kita , kecantikan kita , atau personaliti kita yang membuatkan kawan sendiri yang sudah lama kenal menabur fitnah . Apa yang selalu anda lakukan apabila punya kawan macam ni ye ? 

  Hm , musuh dalam selimut ni memang paling digeruni terutama yang hampir dengan kita . Orang yang begini memang tidak boleh melihat kejayaan orang lain sikit dan kemudian menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain . Orang yang macam ni ke patut kita panggil kawan , sahabat , atau teman ? Selain itu , jika kita tidak mempunyai kawan , diri akan terasa disisihkan oleh mereka terutama orang akan mula untuk tidak bercakap , tidak menegur dan di hadapan mula buat mimik muka yang kurang menyenangkan . Kalau saya ditempat ini sekarang , saya pasti akan terasa seperti disisih yang teramat sangat . Tapi , dalam masa yang sama orang yang sebegini ke yang harus kita dekati , yang harus kita berkawan ? 

  Lalu , apabila tidak mempunyai kawan , kita akan cenderung untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa memikirkan baik buruknya . Apabila terlalu percaya , lalu cerita segala kisah berkaitan dengan perihal diri kita kepadanya , tanpa berfikir panjang . Akhirnya diri terjerat apabila kawan yang dipercayai itu sebenarnya ada niat menghianati . 'Sedih!'
Si musuh dalam selimut ini tidak mahu melihat kejayaan seseorang malah cuba mengambil peluang dengan apa yang orang lain minati untuk melihat orang yang dibenci menderita dan bersedih .

  Mereka juga akan sentiasa bersaing tidak kira sama ada pangkat , pekerjaan , gred , dan wang . Yang penting bagi mereka , dia menang dan kita kalah . Lalu secara diam dia akan cuba untuk menjatuhkan kita walau dengan cara apa sekali pun . Mengambil kesempatan juga adalah juga adalah salah satu sifat semula jadi mereka . Dimana mereka hanya berkawan dengan kita semata-mata ada kepentingan atau perlukan sesuatu tetapi apabila kita memerlukan pertolongan daripadanya , memang tak lah kalau dia nak tolong . Justeru mereka sedaya upaya cuba melarikan diri dari kita .

  Musuh dalam selimut ni juga akan sentiasa merendah-rendahkan kita di hadapan orang lain . Walaupun kesalahan kita hanya sekecik zarah , tapi dia tetap akan memperbesarkan supaya orang lain nampak kelemahan dan keburukan diri kita . Dan serta merta kita akan malu dengan orang sekeliling kan . Memang kejam ! Confirm !

  Lepastu , bila menceritakan rahsia kepadanya dia akan bersumpah untuk merahsiakan perkara itu . Namun sebaliknya , apabila orang lain juga tahu dan mula lah memandang serong terhadap diri kita . Maka kita seharusnya berhati-hati dalam memilih kawan . 

  Fittri tulis ni bukan sebab apa , hanya nak berkongsi dan nasihat-menasihati . Sebab Fittri sendiri pernah alami semua ni . Rahsia dia kita simpannya elok-elok , tapi rahsia kita ? Hm , haram nak simpan . So , harap lepas korang baca artikel ni korang lebih berhati-hati dalam memilih kawan . Jangan terlalu percaya seratus peratus . Atau mungkin sebelum korang keluarkan ayat 'Kawan Baik' Lebih baik korang uji fizikal dan mental dieorang dulu :)

Friday, March 29, 2013

Chocolate Tart


   Today , Fittri nak bercerita/berceloteh or whatever lah sikit , kelmarin Fittri pergi rumah aunty Fittri sebab dia ada buat makan-makan . So , dalam banyak-banyak makanan yang sedap Fittri nampak terhidang di atas meja , salah satunya favourite Fittri sendiri . Nak tau apa ? Ianya , Tart Chocolate . My aunty yang buat special untuk Fittri . Hm , excited nak makan masa tu . Dia tau yang sebenarnya anak saudara dia ni suka Tart Chocolate . Hahaha , Tapi bukan Fittri sorang je yang suka Tart Chocolate ni , causion Fittri pun ramai yang minat . So , dia pun buat lah untuk semua :)

   Hm , straight to the point , sebenarnya aunty ada bagi resipi , so semalam Fittri pun buat lah . Alhamdulilallah menjadi Tartnya . So , kiranya hari ni Fittri nak berkongsi resipi .
Sesiapa yang berminat lihat resipi di bawah :



                                     





                                                          

Ingredients :
 For the crust :

  • 8tablespoons unsalted butter ( 1 stick ) , melted
  • 3tablespoons sugar
  • 1tablespoons vanilla
  • 1/4teaspoons salt
  • 1 1/4 cups all-purpose flour
  For the filling
  • 8ounces bittersweet chocolate , finely chopped
  • 4ounces semisweet chocolate , finely chopped
  • 4tablespoons unsalted butter ( 1/2 stick ) , cut into small pieces
  • 1cup heavy cream
  • 3tablespoons sugar
  • 1/4 teaspoons salt
Instructions :
  For the crust :
  1. Heat the oven to 350*F and arrange a rack in the middle
  2. Combine butter , sugar , vanilla , and salt in the large bowl and stir until evenly incorporated . Add flour and stir until just combine and soft dough forms .
  3. Sprinkle dough over the bottom of a 9-inch tart pan with a removable bottom . Using a measuring your fingers , evenly press the dough into the bottom and up the sides of the pan
  4. Cover the tart shell with plastic wrap and let it rest in the refrigerator for 30 minutes . Once chilled , prick it all over with a fork and bake until golden brown , about 20 to 30 minutes .
  5. Remove from the oven and cool completely .
For the filling :
  1. Place chocolate and butter in medium bowl ; set aside
  2. Combine cream , sugar , and salt in a small saucepan over medium heat and stir until sugar dissolves and liquid is just at a simmer , above 4 minutes .
  3. Pour cream mixture over chocolate and butter and let sit until melted , about 4 minutes ,. Gently stir until smooth .
  4. Pour ganache into the cooled tart shell and transfer to the refrigerator . Chill until set , about 1 1/2 to 2 hours .
  5. Done !




Saturday, February 23, 2013

70 kali ganda lebih panas .

  Assalamualaikum , syukur alhamdulillah masih lagi diberi nafas yang mencukupi dariNya . Dan masih lagi diberi kehidupan yang sempurna dan bahagia di samping keluarga tercinta .
 
  Apakah yang dimaksudkan oleh saya dengan tajuk diatas ? Yang nak saya maksudkan ialah tentang tempat tinggal kita di akhirat nanti . Adakah anda semua tau akan tempat tinggal kita yang akan datang ? Adakah di syurga ataupun di neraka ? Nauzubillah , jauhkan lah diri hamba-hambamu ini daripada masuk ke nerakamu dan tempatkan lah mereka didalam syurgamu YaAllah . Amin !

  Berbalik kepada topik sebentar tadi , Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya Allah mengutuskan Malaikat Jibril untuk bertemu dengan Malaikat Malik yang bertanggungjawab menjaga pintu neraka . tujuannya adalah untuk meminta malaikat Malik membawa api daripada neraka itu kepada Nabi Adam agar dapat digunakan untuk memasak dan keperluan-keperluan lain .

  Lalu Malaikat Jibril berkata : ''wahai Malik , aku diutuskan Allah untuk mengambil api neraka bagi kegunaan Nabi Adam'' kemudian Malaikat Malik berkata :  '' Wahai Jibril , berapa banyakkah yang kamu inginkan ? Jibril menjawab : '' bawakan sebesar biji kurma . '' Lantas Malaikat Malik berkata : '' Tahukah kamu wahai Jibril bahawa andainya aku berikan kepada kamu api neraka sebesar biji kurma , nescaya akan hancur leburlah tujuh petala langit dan bumi disebabkan kepanasan api neraka itu . ''
 
  Maka berkata Jibril : '' Jika begitu yang terjadi , maka berikanlah kepadaku separuh daripada biji kurma . " Malaikat Malik kemudiaan nya menjawab : " Andainya aku berikan separuh daripadanya sebagaimana yang kamu pinta , ketahuilah bahawa langit tidak akan menurunkan hujan , walaupun setitis air kerana panasnya api itu . Lantaran itu juga bumi tidak akan ditumbuhi oleh tanaman dan menjadi kering kontang . "

  Lantaran penjelasan Malaikat Malik itu , Jibril berdoa kepada Allah untuk memohon petunjuk : " Wahai tuhanku , sebanyak manakah yang sepatutnya aku ambil dari neraka ? " Allah menjawab doa Jibril dengan berfirman : " Ambillah ia sebesar biji sawi . " Kemudian Jibril mengambil api neraka daripada Malik sebesar biji sawi dan membawanya kesyurga untuk dibasuh di 70 sungai .

  Kemudian  Jibril turun ke bumi dan meletakkannya diatas gunung yang tinggi . Sebaik saja Jibril meletakkannya , maka hancur leburlah gunung itu menjadi rata dan api itu dikembalikan semula ke tempat asal . Yang tinggal hanyalah asapnya saja melekat pada batu .

  Daripada kisah ini , dapat kita membayangkan betapa panasnya api neraka yang diciptakan Allah SWT berbanding api yang ada di dunia ini . Harus diingat , api neraka yang panas itulah yang disediakan untuk menyeksa orang yang ingkar , kufur dan mereka yang suka melakukan maksiat serta tidak mempedulikan peringatan Allah .

  Dalam sebuah riwayat , ada mengatakan bahawa Jibril datang berjumpa Rasulullah SAW dan baginda bertanya kepada Jibril : " Wahai Jibril , terangkanlah kepadaku tentang sifat-sifat api neraka " Jibril menjawab : " Sesungguhnya Allah SWT menjadikan neraka dan yang dinyalakan selama seribu tahun hingga menjadi merah mennyala . Kemudiaan ia dinyalakan selama seribu tahun lagi sehingga warnanya berubah menjadi putih .  Kemudian dinyalakan lagi selama seribu tahun hingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat bagaikan malam yang gelita . tidaklah padam nyalaan api itu dan tidak pula mati baranya . "

  Bayangkanlah dengan akal fikiran yang telah Allah kurniakan , jika seketul api neraka yang sebenar biji kurma itu dapat menghancurkan tujuh petala langit dan bumi , manakala seketul api neraka sebesar biji sawi yang telah dibasuh dengan 70 jenis sungai dapat meranapkan gunung yang tinggi . Bagaimana pula agaknya dengan keadaan manusia yang dibakar oleh Allah pada hari akhirat kelak dengan pai neraka yang menjunam ?

  Mereka adalah orang yang mensyirikkan Allah , tidak mempedulikan apa yang disyariatkan Allah serta berlaku zalim sesama insan . Sesungguhnya apabila tiba hari akhirat dan pembalasan , maka semuanya telah terlambat . Tiada lagi rintihan dan rayuan akan didengari . Yang tinggal hanyalah jeritan serta pekikan kepedihan menanggung azab yang tidak terperi . Alangkah seksanya mereka yang menerima pembalasan buruk pada hari akhirat kelak .

  Jadi , marilah kita bersama-sama menadah tangan dan sentiasa berdoa adar dengan rahmat dan kasih sayang Allah kita dijauhkan daripada pai neraka yang membakar ini sebagaimana maksud surah al - Furqan ayat 65-66 yang bermaksud :
  " Ya Tuhan kami , jauhkanlah azab neraka jahanam daripada kami , sesungguhnya azabnya itu amat mengerikan . Sesungguhnya Jahanam itu seburuk buruk tempat menetap dan tempat kediaman . "



Tuesday, February 19, 2013

Asal Tahu Jaga Batas ?

 
  Kali pertama keluar , memang cuma bersembang . Kenal - kenal dan hanya berlaga bahu . Malamnya pulang ke rumah , berhubung di telefon , berbual sampai habis kredit RM10
  
  Lelakinya bijak mengayat , berboraknya manis mengalahkan aiskrim . Si gadis pula tersenyum sipu memeluk bantal sambil berbaring  , cair dengan segala cerita ibarat rumusan mengenai pertemuan pertama siang tadi .
  
 Kurang dari seminggu , lebih teruknya malam esok , 'dating' kali kedua dan mulalah adegan pegang tangan dan memeluk bahu . Tengok wayang dan rasa disayangi selepas si lelaki belanja makan adalah faktor utama anak gadis membiarkan saja mereka disentuh kerana kononnya , inilah cinta !
   
 Memang kedenganran kelakar , tapi itulah kisah sebenar yang berlaku kepada sebilangan besar remaja hari ini . Geli atau meloyakan , insiden pertama kali temu janji adalah kenangan dan pengalaman manis buat semua orang muda .
   
Allahyarham Tan Sri P Ramlee sendiri pernah mengatakan , saat bercinta , bau kentut pun wangi , kiranya , apa saja yang berlaku sepanjang bercinta memang indah .
    
 Tapi , yang menjadi isunya adalah kesilapan dan penyalahgunaan terma 'dating' itu di kalangan remaja .
     
 Jalan-jalan 15minit saja di suria KLCC umpamanya , lebih 100 pasangan remaja bercinta akan melintas dengan perbagai gelagat . Ada yang pegang tangan , peluk pinggang dan lebih kronik lagi bercumbu macam semua orang di sekeliling adalah patung lilin .
    
  Ramainya antara mereka adalah islam dan lebih membuatkan segelintir menggeleng kepala apabila gaya mereka mengalahkan pasangan berkelamin . Kalau terang  dan di tempat awam sudah begitu , apa cerita pula kalau mereka di dalam panggung wayang , gelap dan kebetulan menonton cerita hantu !
      Itu yang membuatkan persepsi orang negatif terhadap budaya 'dating' . Tidak salah untuk mengenali pasangan sebelum berkahwin  , melalui cara 'dating'  tapi tak bolehlah keluar berdua kerana bukankah sudah diingatkan banyak kali , akan wujud orang ketiga iaitu syaitan .
    
  Percaya atau tidak , atau ada yang buat-buat tak percaya yang 'dating' itu "HARAM" !
    
  Justeru 'dating' itu memang tidak dibenarkan dalam islam walaupun tidak melakukan maksiat sekalipun . Ada juga yang memberi alasan yang syaitan itu tidak wujud antara dua insan bukan mahram apabila mereka melakukan perkara terlarang .
   
   Realitinya , walaupun mereka tidak berjaya dihasut oleh syaitan seklaipun , perbuatan keluar berdua bukan mahram adalah dilarang .
     
 Ayat Al-quran ada menyebut " Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah keji dan suatau jalan yang buruk "
     
 'Dating' atau keluar bertemu janji berdua-duaan adalah contoh perbuatan yang mendekatkan seseorang kepada zina , kerana itulah jatuh hukumnya haram .
     
   Seelok-eloknya , keluarlah bersama mahram sekali . Angkut mak , ayah , abang dan paling senang yang diacap kali dilakukan , bawa adik kecil awak semua tu  bersama kalau nak 'dating' , senang cerita kan ? Tak adalah nak merayap-rayap tangan tu ! 

Sunday, February 10, 2013

Beto Kusyairy

   Assalammualaikum , Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang . Alhambulillah masih diberi kesempatan untuk saya menukilankan blog yang tak seberapa lagi tak secantik blog blog yang lain .

                                                             
   Hari ni saya nak berceloteh pasal seseorang . Hehe , seseorang yang saya minat , suka , sayang , kasih , cinta . Oppps ! terlebih suda ... Haha , baik lah kembali ke cerita asal . Orang yang saya katakan ni tersangat lah penting dalam hidup saya , yang menceriakan hidup saya di kala malam , mendapat tidur yang lena kerana bermimpikan dia . Kalau korang nak tau dia seorang artis , artis yang baru nak meningkat naik . Tapi nama dia dah mula dikenali , tu pun kerana dia berlakon . Bila dia berlakon dalam seseatu babak ni , confirm menjadi . Lagi lagi kalau dia berlakon babak bercinta . YaAllah , sweet sangat . Boleh dikatakan saya cair lah tengok dia . Masa tu saya rasa macam nak cubit cubit pipi dia !

  Cuba korang teka siapa yang saya maksudkan ni . Filem yang dia berlakon baru baru ni dapat rating yang tinggi . Filem " Istambul Aku Datang '' Hmm mesti korang pun tengok filem tu kan . Dalam filem tu dia jadi watak bernama Haris , alah yang bergaduh dengan lisa tu . Yang berebut rumah sewa tu . Haha , sumpah masa dieorang bergaduh tu sweet gila . Lagi satu drama terbaru dia yang tengok keluar ni dekat TV3 . Tajuk drama tu '' Hanya Padamu '' setiap hari jumaat , pukul 9.00 malam . Hehe promote lah sikit kan .

   Hmm mesti korang dah dapat agak kan siapa ? Tak dapat teka lagi ke ? Ish ish ish , baik lah biarlah saya terus terang . Orang yang saya maksudkan ni Ialah , '' Beto Kusyairy ''
Hehehe , saya minat sangat dengan si Beto tu . Pada mata saya dia ni seorang yang handsome dan entah lah semua pada diri dia saya tengok perfect lah . Lagi lagi bila tengok dia berlakon , YaAllah sumpah melting gila . Macam nak menjerit je , nasib ada family dekat rumah . Kalau tak dah lama jiran sebelah datang tengok keadaan saya . Hahaha

    Tapi dia dah kahwin . Hmm frustrated sekejap ! Nama isteri dia Tisha Shahar . Isteri dia cantik juga , tapi dieorang belum dikurniakan seorang anak pun . Tak apa mungkin tak lama lagi ada lah rezekiNya tu :)
Nama sebenar dia Nurkusyairy Zakuan bin Osman . Umur dia sekarang ni 32 tahun . Hari lahir dia 19 Feb . Dia asal Kuala Lumpur , Pendidikan yang dia ada Diploma Perhotelan UITM . Banyak juga filem yang dia dah lakonkan , tapi yang baru baru ni yang paling Hot Istambul Aku Datang lah .

   Saya mula perasan yang dia ni berlakon masa dia berlakon Drama  Juvana . Tapi masa tu tak suka dia lagi , yang betul betul saya perasan masa dia berlakon 10 The Movie dengan Selagi Masih Ada . Sumpah masa tu , dia sweet gila . Suka sangat tengok muka dia , tengok dia ketawa , tengok dia senyum , tengok dia bercakap , tengok dia menghayati watak . Lahai comelNya ! 

                                               
                                                       Tengok tu comel kan dia ketawa !

                                                 
                                                   Hmm , ni gambar dia dengan isteri dia ='(

Saturday, February 9, 2013

Impian Hidupku

   Apa khabar iman dan kesihatan muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT hari ni ?
Semoga sentiasa di dalam kurniaNya dan semoga dilimpahkan rezeki , kesihatan , kebahagiaan dunia dan akhirat , InsyaAllah .
   Alhamdulillah , syukur kita kepada Allah SWT , kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bernafas lagi dan bernyawa pada hari ini .
Semoga dengan nikmat nyawa ini dapat kita mengisiNya sementara roh dan jasad masih bersama , kerana kematian itu tidak menunggu taubatmu .
Salawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda .

   Alhamdulillah , kerana masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk menukilankan sebuah artikel biasa lagi tidak bernilai .
Tetapi , isiNya yang ingin ditekankan disini ialah :

                                   
                                                         ''  IMPIAN HIDUPKU ''

  Kenapa isu ini saya bangkitkan ? kerana , saya nak kongsikan dengan kawan kawan semua akan Impian saya pada masa akan datang . Mana lah tau , cita cita saya ni sama dengan cita cita korang kan , so bolehlah kita berkongsi . Jadi Impian saya bila dah dewasa nanti , saya nak jadi seorang Ahli Perniagaan . Saya nak bukak sebuah kedai milik saya sendiri . Iaitu saya nak menjual sebarang jenis pastri . Kalau korang nak tau saya ni peminat tegar dengan apa apa lah jenis pastri ni . Teringin nak buat bakar bakar kek ni . Tapi belum berkesempatan lagi , sebab bajet tak ada lah -,-
So , dikirakan impian saya ni belum lagi terlaksana .

  Lagi satu saya nak jadi macam seseorang yang sangat pakar dalam bidang membakar kek ni . Macam , Anna Olson . Korang kenal tak ? dia ni , tersangat lah pakar . sebarang jenis pastri dia tau . Teringin nak jadi macam dia . Sebut je sebarang jenis pastri , dia mesti tau and akan buat . Saya selalu tonton cerita dia dekat Astro AFC saluran 703 . '' Bake with Anna Olson ''
Sumpah tak pernah lupa tengok cerita tu . Start je cerita tu mesti cepat cepat ambil buku dengan pen . Sebab apa ? sebab nak salin resepi lah . Haha , Tapi sekarang dah tak ada :'( . Hmm , so resepi dia lah yang hanya jadi pengganti .

  My mum pun setuju dengan impian saya ni . Sampai mak saya tau yang cerita tu dah jadi favorite saya setiap hari . So , kalau  saya terlupa nak tengok cerita tu , confirm mak saya tolong recordkan . So , ada masa free saya cepat cepat tengok . Tapi papa pernah cakap dengan saya yang dia nak saya jadi Polis . YaAllah masa tu tuhan jelah tahu , betapa tersentapNya hati saya .
Polis ? Haha tak nak ! Bukan saya nak memperlekehkan pekerjaan seorang polis ni . Tapi saya memang tak berminat . Hmm , nasib baik lah mak saya tolong masa tu . Berubah terus muka papa saya time tu . Tapi it's okayy , nanti saya akan buktikan pada papa yang impian saya ini ada masa depan ! Yeahh !


                                     
                                    Ni lah chef Anna Olson yang saya cakapkan tu =)

# selamat menonton :)