Friday, April 19, 2013

Cair Dalam Mulut

   Cantik , comel , dan enak menarik minat semua untuk mencuba walaupun harga yang dijual agak mahal . Itulah antara aliran terkini masakan digemari . Sebagai contoh Pavlova . sekiranya dicari resipi di laman web kita dapati bahan digunakan amat ringkas dan mudah membuatnya . 

  Tapi kalau beli dekat luar , harga untuk 500 gram pavlova boleh mencecah harga RM35 sehingga 45 . Lepas buat sedikit sebanyak pengiraan kos untuk penyediaan , Fittri rasa kos untuk penghasilan hanya RM15 je . Fittri rasa maybe dia ambil keuntungan yang lebih . Hm , biasalah orang berniaga kan . Ini bermakna , kita sebenarnya boleh menjimatkan kos sebanyak RM20 hingga RM30 kalau kita buat sendiri . Lagi berpuas hati !

   Jadi , cubalah buat sendiri pemanis mulut mewah ini yang dilimpahi buah-buahan segar bewarna-warni dan keenakan seakan-akan marshmallow yang cair di dalam mulut .

                                                  





                                           
                                             Pertama kali buat , agak hodoh sedikit xD

BAHAN :

  • 4 biji putih telur 
  • 3/4cawan gula kastor 
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila 
  • 1 sudu kecil cuka putih 
Lapisan Bahagian Atas :

  • Krim putar secukupnya 
  • Buah-buahan segar seperti kiwi , strawberi , anggur hitam , dan pic 
CARA-CARA :

  1. Putar putih telur bersama gula kastor sehingga kembang serta ringan atau dikenali sebagai soft peak .
  2. Masukkan pula esen vanila , cuka tepung jagung . Lalu diputarkan seketika .
  3. Masukkan adunan ke dalam plastik aising lalu bentukkan ke dalam mangkuk kertas .
  4. Bakar pada suhu 120 darjah celcius selama 35 hingga 45 minit .
  5. Keluar dari ketuhar dan sejukkan selama 30minit .
  6. Letakkan krim putar di atasnya lalu disusun bersama-sama buah-buahan .



No comments:

Post a Comment