Tuesday, February 19, 2013
Asal Tahu Jaga Batas ?
Kali pertama keluar , memang cuma bersembang . Kenal - kenal dan hanya berlaga bahu . Malamnya pulang ke rumah , berhubung di telefon , berbual sampai habis kredit RM10
Lelakinya bijak mengayat , berboraknya manis mengalahkan aiskrim . Si gadis pula tersenyum sipu memeluk bantal sambil berbaring , cair dengan segala cerita ibarat rumusan mengenai pertemuan pertama siang tadi .
Kurang dari seminggu , lebih teruknya malam esok , 'dating' kali kedua dan mulalah adegan pegang tangan dan memeluk bahu . Tengok wayang dan rasa disayangi selepas si lelaki belanja makan adalah faktor utama anak gadis membiarkan saja mereka disentuh kerana kononnya , inilah cinta !
Memang kedenganran kelakar , tapi itulah kisah sebenar yang berlaku kepada sebilangan besar remaja hari ini . Geli atau meloyakan , insiden pertama kali temu janji adalah kenangan dan pengalaman manis buat semua orang muda .
Allahyarham Tan Sri P Ramlee sendiri pernah mengatakan , saat bercinta , bau kentut pun wangi , kiranya , apa saja yang berlaku sepanjang bercinta memang indah .
Tapi , yang menjadi isunya adalah kesilapan dan penyalahgunaan terma 'dating' itu di kalangan remaja .
Jalan-jalan 15minit saja di suria KLCC umpamanya , lebih 100 pasangan remaja bercinta akan melintas dengan perbagai gelagat . Ada yang pegang tangan , peluk pinggang dan lebih kronik lagi bercumbu macam semua orang di sekeliling adalah patung lilin .
Ramainya antara mereka adalah islam dan lebih membuatkan segelintir menggeleng kepala apabila gaya mereka mengalahkan pasangan berkelamin . Kalau terang dan di tempat awam sudah begitu , apa cerita pula kalau mereka di dalam panggung wayang , gelap dan kebetulan menonton cerita hantu !
Itu yang membuatkan persepsi orang negatif terhadap budaya 'dating' . Tidak salah untuk mengenali pasangan sebelum berkahwin , melalui cara 'dating' tapi tak bolehlah keluar berdua kerana bukankah sudah diingatkan banyak kali , akan wujud orang ketiga iaitu syaitan .
Percaya atau tidak , atau ada yang buat-buat tak percaya yang 'dating' itu "HARAM" !
Justeru 'dating' itu memang tidak dibenarkan dalam islam walaupun tidak melakukan maksiat sekalipun . Ada juga yang memberi alasan yang syaitan itu tidak wujud antara dua insan bukan mahram apabila mereka melakukan perkara terlarang .
Realitinya , walaupun mereka tidak berjaya dihasut oleh syaitan seklaipun , perbuatan keluar berdua bukan mahram adalah dilarang .
Ayat Al-quran ada menyebut " Dan janganlah kamu mendekati zina , sesungguhnya zina itu adalah keji dan suatau jalan yang buruk "
'Dating' atau keluar bertemu janji berdua-duaan adalah contoh perbuatan yang mendekatkan seseorang kepada zina , kerana itulah jatuh hukumnya haram .
Seelok-eloknya , keluarlah bersama mahram sekali . Angkut mak , ayah , abang dan paling senang yang diacap kali dilakukan , bawa adik kecil awak semua tu bersama kalau nak 'dating' , senang cerita kan ? Tak adalah nak merayap-rayap tangan tu !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment