Assalamualaikum , syukur alhamdulillah masih lagi diberi nafas yang mencukupi dariNya . Dan masih lagi diberi kehidupan yang sempurna dan bahagia di samping keluarga tercinta .
Apakah yang dimaksudkan oleh saya dengan tajuk diatas ? Yang nak saya maksudkan ialah tentang tempat tinggal kita di akhirat nanti . Adakah anda semua tau akan tempat tinggal kita yang akan datang ? Adakah di syurga ataupun di neraka ? Nauzubillah , jauhkan lah diri hamba-hambamu ini daripada masuk ke nerakamu dan tempatkan lah mereka didalam syurgamu YaAllah . Amin !
Berbalik kepada topik sebentar tadi , Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya Allah mengutuskan Malaikat Jibril untuk bertemu dengan Malaikat Malik yang bertanggungjawab menjaga pintu neraka . tujuannya adalah untuk meminta malaikat Malik membawa api daripada neraka itu kepada Nabi Adam agar dapat digunakan untuk memasak dan keperluan-keperluan lain .
Lalu Malaikat Jibril berkata : ''wahai Malik , aku diutuskan Allah untuk mengambil api neraka bagi kegunaan Nabi Adam'' kemudian Malaikat Malik berkata : '' Wahai Jibril , berapa banyakkah yang kamu inginkan ? Jibril menjawab : '' bawakan sebesar biji kurma . '' Lantas Malaikat Malik berkata : '' Tahukah kamu wahai Jibril bahawa andainya aku berikan kepada kamu api neraka sebesar biji kurma , nescaya akan hancur leburlah tujuh petala langit dan bumi disebabkan kepanasan api neraka itu . ''
Maka berkata Jibril : '' Jika begitu yang terjadi , maka berikanlah kepadaku separuh daripada biji kurma . " Malaikat Malik kemudiaan nya menjawab : " Andainya aku berikan separuh daripadanya sebagaimana yang kamu pinta , ketahuilah bahawa langit tidak akan menurunkan hujan , walaupun setitis air kerana panasnya api itu . Lantaran itu juga bumi tidak akan ditumbuhi oleh tanaman dan menjadi kering kontang . "
Lantaran penjelasan Malaikat Malik itu , Jibril berdoa kepada Allah untuk memohon petunjuk : " Wahai tuhanku , sebanyak manakah yang sepatutnya aku ambil dari neraka ? " Allah menjawab doa Jibril dengan berfirman : " Ambillah ia sebesar biji sawi . " Kemudian Jibril mengambil api neraka daripada Malik sebesar biji sawi dan membawanya kesyurga untuk dibasuh di 70 sungai .
Kemudian Jibril turun ke bumi dan meletakkannya diatas gunung yang tinggi . Sebaik saja Jibril meletakkannya , maka hancur leburlah gunung itu menjadi rata dan api itu dikembalikan semula ke tempat asal . Yang tinggal hanyalah asapnya saja melekat pada batu .
Daripada kisah ini , dapat kita membayangkan betapa panasnya api neraka yang diciptakan Allah SWT berbanding api yang ada di dunia ini . Harus diingat , api neraka yang panas itulah yang disediakan untuk menyeksa orang yang ingkar , kufur dan mereka yang suka melakukan maksiat serta tidak mempedulikan peringatan Allah .
Dalam sebuah riwayat , ada mengatakan bahawa Jibril datang berjumpa Rasulullah SAW dan baginda bertanya kepada Jibril : " Wahai Jibril , terangkanlah kepadaku tentang sifat-sifat api neraka " Jibril menjawab : " Sesungguhnya Allah SWT menjadikan neraka dan yang dinyalakan selama seribu tahun hingga menjadi merah mennyala . Kemudiaan ia dinyalakan selama seribu tahun lagi sehingga warnanya berubah menjadi putih . Kemudian dinyalakan lagi selama seribu tahun hingga warnanya bertukar menjadi hitam pekat bagaikan malam yang gelita . tidaklah padam nyalaan api itu dan tidak pula mati baranya . "
Bayangkanlah dengan akal fikiran yang telah Allah kurniakan , jika seketul api neraka yang sebenar biji kurma itu dapat menghancurkan tujuh petala langit dan bumi , manakala seketul api neraka sebesar biji sawi yang telah dibasuh dengan 70 jenis sungai dapat meranapkan gunung yang tinggi . Bagaimana pula agaknya dengan keadaan manusia yang dibakar oleh Allah pada hari akhirat kelak dengan pai neraka yang menjunam ?
Mereka adalah orang yang mensyirikkan Allah , tidak mempedulikan apa yang disyariatkan Allah serta berlaku zalim sesama insan . Sesungguhnya apabila tiba hari akhirat dan pembalasan , maka semuanya telah terlambat . Tiada lagi rintihan dan rayuan akan didengari . Yang tinggal hanyalah jeritan serta pekikan kepedihan menanggung azab yang tidak terperi . Alangkah seksanya mereka yang menerima pembalasan buruk pada hari akhirat kelak .
Jadi , marilah kita bersama-sama menadah tangan dan sentiasa berdoa adar dengan rahmat dan kasih sayang Allah kita dijauhkan daripada pai neraka yang membakar ini sebagaimana maksud surah al - Furqan ayat 65-66 yang bermaksud :
" Ya Tuhan kami , jauhkanlah azab neraka jahanam daripada kami , sesungguhnya azabnya itu amat mengerikan . Sesungguhnya Jahanam itu seburuk buruk tempat menetap dan tempat kediaman . "
No comments:
Post a Comment