Semoga sentiasa di dalam kurniaNya dan semoga dilimpahkan rezeki , kesihatan , kebahagiaan dunia dan akhirat , InsyaAllah .
Alhamdulillah , syukur kita kepada Allah SWT , kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bernafas lagi dan bernyawa pada hari ini .
Semoga dengan nikmat nyawa ini dapat kita mengisiNya sementara roh dan jasad masih bersama , kerana kematian itu tidak menunggu taubatmu .
Salawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda .
Alhamdulillah , kerana masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk menukilankan sebuah artikel biasa lagi tidak bernilai .
Tetapi , isiNya yang ingin ditekankan disini ialah :
'' IMPIAN HIDUPKU ''
Kenapa isu ini saya bangkitkan ? kerana , saya nak kongsikan dengan kawan kawan semua akan Impian saya pada masa akan datang . Mana lah tau , cita cita saya ni sama dengan cita cita korang kan , so bolehlah kita berkongsi . Jadi Impian saya bila dah dewasa nanti , saya nak jadi seorang Ahli Perniagaan . Saya nak bukak sebuah kedai milik saya sendiri . Iaitu saya nak menjual sebarang jenis pastri . Kalau korang nak tau saya ni peminat tegar dengan apa apa lah jenis pastri ni . Teringin nak buat bakar bakar kek ni . Tapi belum berkesempatan lagi , sebab bajet tak ada lah -,-
So , dikirakan impian saya ni belum lagi terlaksana .
Lagi satu saya nak jadi macam seseorang yang sangat pakar dalam bidang membakar kek ni . Macam , Anna Olson . Korang kenal tak ? dia ni , tersangat lah pakar . sebarang jenis pastri dia tau . Teringin nak jadi macam dia . Sebut je sebarang jenis pastri , dia mesti tau and akan buat . Saya selalu tonton cerita dia dekat Astro AFC saluran 703 . '' Bake with Anna Olson ''
Sumpah tak pernah lupa tengok cerita tu . Start je cerita tu mesti cepat cepat ambil buku dengan pen . Sebab apa ? sebab nak salin resepi lah . Haha , Tapi sekarang dah tak ada :'( . Hmm , so resepi dia lah yang hanya jadi pengganti .
My mum pun setuju dengan impian saya ni . Sampai mak saya tau yang cerita tu dah jadi favorite saya setiap hari . So , kalau saya terlupa nak tengok cerita tu , confirm mak saya tolong recordkan . So , ada masa free saya cepat cepat tengok . Tapi papa pernah cakap dengan saya yang dia nak saya jadi Polis . YaAllah masa tu tuhan jelah tahu , betapa tersentapNya hati saya .
Polis ? Haha tak nak ! Bukan saya nak memperlekehkan pekerjaan seorang polis ni . Tapi saya memang tak berminat . Hmm , nasib baik lah mak saya tolong masa tu . Berubah terus muka papa saya time tu . Tapi it's okayy , nanti saya akan buktikan pada papa yang impian saya ini ada masa depan ! Yeahh !
Ni lah chef Anna Olson yang saya cakapkan tu =)
# selamat menonton :)
No comments:
Post a Comment