Assalammualaikum , Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang . Alhambulillah masih diberi kesempatan untuk saya menukilankan blog yang tak seberapa lagi tak secantik blog blog yang lain .
Hari ni saya nak berceloteh pasal seseorang . Hehe , seseorang yang saya minat , suka , sayang , kasih , cinta . Oppps ! terlebih suda ... Haha , baik lah kembali ke cerita asal . Orang yang saya katakan ni tersangat lah penting dalam hidup saya , yang menceriakan hidup saya di kala malam , mendapat tidur yang lena kerana bermimpikan dia . Kalau korang nak tau dia seorang artis , artis yang baru nak meningkat naik . Tapi nama dia dah mula dikenali , tu pun kerana dia berlakon . Bila dia berlakon dalam seseatu babak ni , confirm menjadi . Lagi lagi kalau dia berlakon babak bercinta . YaAllah , sweet sangat . Boleh dikatakan saya cair lah tengok dia . Masa tu saya rasa macam nak cubit cubit pipi dia !
Cuba korang teka siapa yang saya maksudkan ni . Filem yang dia berlakon baru baru ni dapat rating yang tinggi . Filem " Istambul Aku Datang '' Hmm mesti korang pun tengok filem tu kan . Dalam filem tu dia jadi watak bernama Haris , alah yang bergaduh dengan lisa tu . Yang berebut rumah sewa tu . Haha , sumpah masa dieorang bergaduh tu sweet gila . Lagi satu drama terbaru dia yang tengok keluar ni dekat TV3 . Tajuk drama tu '' Hanya Padamu '' setiap hari jumaat , pukul 9.00 malam . Hehe promote lah sikit kan .
Hmm mesti korang dah dapat agak kan siapa ? Tak dapat teka lagi ke ? Ish ish ish , baik lah biarlah saya terus terang . Orang yang saya maksudkan ni Ialah , '' Beto Kusyairy ''
Hehehe , saya minat sangat dengan si Beto tu . Pada mata saya dia ni seorang yang handsome dan entah lah semua pada diri dia saya tengok perfect lah . Lagi lagi bila tengok dia berlakon , YaAllah sumpah melting gila . Macam nak menjerit je , nasib ada family dekat rumah . Kalau tak dah lama jiran sebelah datang tengok keadaan saya . Hahaha
Tapi dia dah kahwin . Hmm frustrated sekejap ! Nama isteri dia Tisha Shahar . Isteri dia cantik juga , tapi dieorang belum dikurniakan seorang anak pun . Tak apa mungkin tak lama lagi ada lah rezekiNya tu :)
Nama sebenar dia Nurkusyairy Zakuan bin Osman . Umur dia sekarang ni 32 tahun . Hari lahir dia 19 Feb . Dia asal Kuala Lumpur , Pendidikan yang dia ada Diploma Perhotelan UITM . Banyak juga filem yang dia dah lakonkan , tapi yang baru baru ni yang paling Hot Istambul Aku Datang lah .
Saya mula perasan yang dia ni berlakon masa dia berlakon Drama Juvana . Tapi masa tu tak suka dia lagi , yang betul betul saya perasan masa dia berlakon 10 The Movie dengan Selagi Masih Ada . Sumpah masa tu , dia sweet gila . Suka sangat tengok muka dia , tengok dia ketawa , tengok dia senyum , tengok dia bercakap , tengok dia menghayati watak . Lahai comelNya !
Tengok tu comel kan dia ketawa !
Hmm , ni gambar dia dengan isteri dia ='(
No comments:
Post a Comment