Friday, April 19, 2013

Cair Dalam Mulut

   Cantik , comel , dan enak menarik minat semua untuk mencuba walaupun harga yang dijual agak mahal . Itulah antara aliran terkini masakan digemari . Sebagai contoh Pavlova . sekiranya dicari resipi di laman web kita dapati bahan digunakan amat ringkas dan mudah membuatnya . 

  Tapi kalau beli dekat luar , harga untuk 500 gram pavlova boleh mencecah harga RM35 sehingga 45 . Lepas buat sedikit sebanyak pengiraan kos untuk penyediaan , Fittri rasa kos untuk penghasilan hanya RM15 je . Fittri rasa maybe dia ambil keuntungan yang lebih . Hm , biasalah orang berniaga kan . Ini bermakna , kita sebenarnya boleh menjimatkan kos sebanyak RM20 hingga RM30 kalau kita buat sendiri . Lagi berpuas hati !

   Jadi , cubalah buat sendiri pemanis mulut mewah ini yang dilimpahi buah-buahan segar bewarna-warni dan keenakan seakan-akan marshmallow yang cair di dalam mulut .

                                                  





                                           
                                             Pertama kali buat , agak hodoh sedikit xD

BAHAN :

  • 4 biji putih telur 
  • 3/4cawan gula kastor 
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila 
  • 1 sudu kecil cuka putih 
Lapisan Bahagian Atas :

  • Krim putar secukupnya 
  • Buah-buahan segar seperti kiwi , strawberi , anggur hitam , dan pic 
CARA-CARA :

  1. Putar putih telur bersama gula kastor sehingga kembang serta ringan atau dikenali sebagai soft peak .
  2. Masukkan pula esen vanila , cuka tepung jagung . Lalu diputarkan seketika .
  3. Masukkan adunan ke dalam plastik aising lalu bentukkan ke dalam mangkuk kertas .
  4. Bakar pada suhu 120 darjah celcius selama 35 hingga 45 minit .
  5. Keluar dari ketuhar dan sejukkan selama 30minit .
  6. Letakkan krim putar di atasnya lalu disusun bersama-sama buah-buahan .



Friday, April 12, 2013

Musuh Dalam Selimut .

  Sebut saja pasal kawan , itulah tempat untuk kita mengadu , bercerita , hilang rasa bosan , untuk bergembira , dan nak meluahkan perasaan kasih sayang . Namun , adakah anda seratus peratus percaya akan kawan ada yang tersedia ada ni ? Hm , namun memang benar tidak semua kawan boleh dipercayai , kerana ada kawan yang suka bermuka-muka dengan kita . Di depan memuji , di belakang mengeji sesuka hati . Tapi kita tak pernah perasan walaupun sudah terang lagi bersuluh perangai si kawan kita ni agak teruk orangnya . Subhanallah !

  Memang saya akui perit apabila memikirkan diri ditikam dari belakang oleh teman baik kita sendiri . Baik buruk semuanya dicanang sesuka hati . Seolah-olah kita ni tak ada harga diri . Malah teman lelaki kita dirampasnya , dipulaukan kawan yang lain , dikutuk dan dicaci . Bahkan diri dipandang hina oleh orang sekeliling . Jahat tak ?

  Prestasi pelajaran juga semakin merosot terutama ditekan sebegini . Tugasan pelajaran juga terpaksa buat seorang diri , sudah pastinya sedih bukan ? Hal ini kerana misi si musuh dalam selimut ini cuba nak menjatuhkan kita . Namun 'sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua' 

  Mereka yang diibaratkan musuh dalam selimut  ini berselindung di sebalik kebaikan , namun di dalam hati tiada siapa pun yang tau sebenarnya dia ni lah 'perosak bangsa' ! 
Mungkin ini disebabkan mereka iri hati dengan kita . Dengki dengan pencapaian kita , kecantikan kita , atau personaliti kita yang membuatkan kawan sendiri yang sudah lama kenal menabur fitnah . Apa yang selalu anda lakukan apabila punya kawan macam ni ye ? 

  Hm , musuh dalam selimut ni memang paling digeruni terutama yang hampir dengan kita . Orang yang begini memang tidak boleh melihat kejayaan orang lain sikit dan kemudian menceritakan keburukan seseorang kepada orang lain . Orang yang macam ni ke patut kita panggil kawan , sahabat , atau teman ? Selain itu , jika kita tidak mempunyai kawan , diri akan terasa disisihkan oleh mereka terutama orang akan mula untuk tidak bercakap , tidak menegur dan di hadapan mula buat mimik muka yang kurang menyenangkan . Kalau saya ditempat ini sekarang , saya pasti akan terasa seperti disisih yang teramat sangat . Tapi , dalam masa yang sama orang yang sebegini ke yang harus kita dekati , yang harus kita berkawan ? 

  Lalu , apabila tidak mempunyai kawan , kita akan cenderung untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa memikirkan baik buruknya . Apabila terlalu percaya , lalu cerita segala kisah berkaitan dengan perihal diri kita kepadanya , tanpa berfikir panjang . Akhirnya diri terjerat apabila kawan yang dipercayai itu sebenarnya ada niat menghianati . 'Sedih!'
Si musuh dalam selimut ini tidak mahu melihat kejayaan seseorang malah cuba mengambil peluang dengan apa yang orang lain minati untuk melihat orang yang dibenci menderita dan bersedih .

  Mereka juga akan sentiasa bersaing tidak kira sama ada pangkat , pekerjaan , gred , dan wang . Yang penting bagi mereka , dia menang dan kita kalah . Lalu secara diam dia akan cuba untuk menjatuhkan kita walau dengan cara apa sekali pun . Mengambil kesempatan juga adalah juga adalah salah satu sifat semula jadi mereka . Dimana mereka hanya berkawan dengan kita semata-mata ada kepentingan atau perlukan sesuatu tetapi apabila kita memerlukan pertolongan daripadanya , memang tak lah kalau dia nak tolong . Justeru mereka sedaya upaya cuba melarikan diri dari kita .

  Musuh dalam selimut ni juga akan sentiasa merendah-rendahkan kita di hadapan orang lain . Walaupun kesalahan kita hanya sekecik zarah , tapi dia tetap akan memperbesarkan supaya orang lain nampak kelemahan dan keburukan diri kita . Dan serta merta kita akan malu dengan orang sekeliling kan . Memang kejam ! Confirm !

  Lepastu , bila menceritakan rahsia kepadanya dia akan bersumpah untuk merahsiakan perkara itu . Namun sebaliknya , apabila orang lain juga tahu dan mula lah memandang serong terhadap diri kita . Maka kita seharusnya berhati-hati dalam memilih kawan . 

  Fittri tulis ni bukan sebab apa , hanya nak berkongsi dan nasihat-menasihati . Sebab Fittri sendiri pernah alami semua ni . Rahsia dia kita simpannya elok-elok , tapi rahsia kita ? Hm , haram nak simpan . So , harap lepas korang baca artikel ni korang lebih berhati-hati dalam memilih kawan . Jangan terlalu percaya seratus peratus . Atau mungkin sebelum korang keluarkan ayat 'Kawan Baik' Lebih baik korang uji fizikal dan mental dieorang dulu :)