Sunday, November 11, 2012
Kebaikan Buah Kiwi .
Assalamualaikum semua , saya nak ucapkan selamat bercuti . Yelah sekarangkan cuti sekolah dah bermula . Hmm mesti korang sekarang dengan family tengah merancang nak bercuti dekat mana kan ... Fitri doakan korang happy lah dalam menyambut cuti sekola ni , rancang perjalanan dengan betul ..
Tapi fitri sebenarnya bukan nak tulis pasal cuti sekolah , tapi saya nak berkongsi sedikit tips untuk anda anda semua tentang kebaikan buah kiwi untuk kesihatan kulit kita . terutama sekali wanita .. Hmm fitri mula sedar pasal kesihatan kulit ni semenjak kawan kawan fitri mula memberontak pasal kulit wajah yang mereka alami . Ada yang berjerawat , ada yang kulit kering , ada yang kulit kombinasi , kult berminyak dan sebagainya ..
Antara jenis jenis kulit dan ciri cirinya seperti
KULIT BIASA/NORMAL : -permukaan halus,tegang,pejal
-tekstur lembut dan licin
-tiada bintik bintik dan jerawat
-liang roma kelihatan halus
-warna kulit seimbang dan berseri
KULIT BERMINYAK : -permukaan berkilat dan berminyak
-tekstur kasar
-berjerawat dan berbintik
-kebanyakan liang roma terbuka
KULIT KERING : -permukaan tegang dan mudah berkedut terutama dikeliling mata dan
mulut
-bersisik dan menggelupas dipipi,hidung,mulut dan dagu
-tekstur kasar dan kasap
-warna kulit tidak seimbang dan kurang berseri
KULIT KOMBINASI : -campuran kulit normal , berminyak dan kering
contoh : kelihatan berminyak di kawasan ' T '
(dahi,hidung,dagu) dan kering di bahagian lain
Hmm jadi disini saya nak kongsikan lah petua yang boleh anda praktikkan di rumah tanpa perlu berbelanja besar bagi mendapatkan kulit idaman . Selamat Mencuba !!
KULIT KERING : - Ambil dua sudu jus kiwi dan satu sudu minyak zaitun serta sebiji telur
( ambil bahagian kuning sahaja ) dan adunkan hingga sebati . kemudian
sapukan ke seluruh wajah selama 15 minit dan selepas itu , bersihkan
dengan menggunakan span .
( kebaikan )
Melancarkan peredaran darah serta melicinkan kulit wajah . selain itu ,
masker ini juga sesuai untuk menghilangkan kesan selar matahari
KULIT KOMBINASI : - Hancurkan sebiji kiwi dan campurkan bersama dua sudu yogurt asli ,
satu sudu jus lemon , satu sudu minyak badam dan satu cawan lobak
merah yang telah dikisar . setelah sebati , sapukan adunan itu pada
wajah dan biarkan sampai kering . selepas itu , bilas dengan air .
( kebaikan )
khasiat yang terkandung dalam buah kiwi ,lemon,lobak merah dan
yogurt tersebut mampu membuat kulit menjadi lebih segar dan
bermaya .
KULIT BERMINYAK : - Campurkan setengah biji kiwi,15 mililiter (ml) yogurt asli ,
5 (ml) susu , satu sudu madu , satu sudu oat dan satu titis minyak pati
lavender dalam pengisar makanan . kisar buah buahan tersebut sehingga
sebati dan sapukan pada wajah dengan menggunakan kapas . Urut wajah
dengan lembut dan kemudian bilas setelah sapuan tersebut kering .
selepas itu , jangan lupa sapukan pelembab dan penyegar pada wajah .
( kebaikan )
menyejukkan wajah serta membersihkan kulit muka ..
Subscribe to:
Posts (Atom)